Wednesday, August 18, 2010

JUALAN KUIH RAYA Vs KEREPEK RAYA ON9 ....!!!!


SALAM  kepada sesiapa yang singgah blog wak ni.... bukan aper..

raye akan kunjung tiba.. 
puasa baru bermula..
ibadat puasa jgn kita lupa..
kuih - muih penyeri raya...

boleh  x wak ber pantun tu?? hihih hantam saja lah.. :)

Bg sesipa yang sibuk berkerja, xda masa, malas nak bersesak-sesak beli kuih raya boleh la wat tempahan  kuih raya yg mana ada ni secara on9..  mcm2 ada.... yang jauh wak boleh poskan yang dekat wak antar terus kerumah. kan senag keja gitu?? x gitu?? hihih tp yg jauh kena la pos  , duit bank in sja.. tp lebihkan rm 10 BERGANTUNG PADA kg. ... kalau gunakan pos .. spa2 nak  oder tiggalkan la  pesanan   kat komen or email di mu369@rocketmail.com
wak  jugak ada bg senarai harga n gambar yer disini pilih la jgn x pilih..


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431H
Tempahan Kerepek & Kuih

Kerepek Harga Kuih Harga


Ubi Masin RM 10.00 / kg                    Bepang Kacang RM 13.00 / kg
Ubi Racik RM 12.00 / kg                     Aneka Kacang RM 13.00 / kg
Ubi Sira Manis RM 12.00 / kg              Coco Pillow RM 14.00 / kg
Ubi Pedas Kering RM 12.00 / kg          Bahulu Cermai RM 13.00/ 50 pcs
Ubi Pedas Basah RM 12.00 / kg           Biskut Rempah@telinga RM 14.00 / kg
Ubi Black Pepper RM 15.00 / kg          Putu Kacang RM 13.00 / 50 pcs
Honey Tapioca RM 14.00 / kg             Biskut Bangkit RM 13.00 / 50 pcs
BBQ Opak ubi BBQ RM 14.00 /kg        Gula-gula Jelly RM 7.00 / pkt@1/2kg
Bika Kari RM 14.00 / kg                      Bahulu Gulung RM 3.00 / gulung
Bawang RM 12.00 / kg                       Popia Gulung RM 20.00 / kg
Pagoda Udang RM 14.00 / kg             Markuli RM 14.00 / kg
Jejari Udang /
Jejari Jintan (2 perisa) RM 14.00 / kg  Baby Popo @ Budak Merangkak RM 12.00 / kg
Keropok Ikan Sira RM 14.00 / kg        Karipap Mini RM 14.00 / pkt
Keropok Kacang Dhal RM 14.00 / kg   Dodol Durian / Biasa (daun upih) (2 jenis) RM 7.00 / pkt

Pisang Nipah RM 16.00 / kg              Dodol Tiga Segi RM 16.00 / kg
Pisang Tanduk RM 16.00 / kg            Popia Gulung Kacang RM 12.00 / tub
Pisang Sira Manis /
Pisang Simpul Manis (2 jenis) RM 16.00 / kg
Rempeyek / Tumpi Mini RM 16.00 / kg            
Tumpi Kacang Hijau / Kcg Dhal RM 12.00 /          

pkt Kuih Tiram @ Lidah Buaya RM 14.00 / kg
Batang buruk Muar special RM 14.00 / pkt ½ kilo 

 Kuih Gulung / Kapit  (2 jenis) RM 16.00 / tub
Cakar Ayam RM 16.00 / 100 pcs 






ubi racik kari



ubi racik masin


 
aneka kacang



batang buruk


baby popo / budak merangkak/ maruku ikan



cakar ayam



dodol durian / biasa



jejari udang




keropok kacang dhal




karipap mini




kerepek bawang




kuih ros/ goyang  dan kuih gapit




markuli




pagoda




rempeyek




pisang gulung




popia gulung kacang




popia gulung




kuih siput




tumphi kacang dhal



ubi black pepper




ubi masin dan ubi sira basah

oder jagn x oder......!!!!!!!!!!!!
 tempahan utk hari raya akan tamat 1 mggu sblum raya....
temhan awl memudahkan penghantaran

MAAF ZAHIR DAN BATIN 
DARI WAK BOTAK



keterangan lanjut hubungi wak di ;
+60136915369

Thursday, August 12, 2010

Tarikan Ke Neraka Dan Rintangan Ke Syurga

 


Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.”

(al-Bukhari)



Huraian

1. Pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan sebenarnya adalah satu sunnah di dalam kehidupan manusia. Setiap perkara yang menjurus kepada nafsu sentiasa mendorong manusia untuk melakukannya sedangkan perkara yang mengajak kepada syurga sentiasa ada halangan dan rintangannya. Itulah yang dinamakan cabaran iman.

2. Allah SWT memberi khabar gembira terhadap orang-orang yang sanggup mengorbankan gelora hawa nafsunya demi untuk berbakti di jalan Allah bahawa mereka nanti akan diberi ganjaran syurga yang penuh dengan kemewahan dan kenikmatan.

3. Kekuatan iman itu akan tetap terpelihara dengan sebaik-baiknya apabila wujudnya nilai-nilai istiqomah di dalam hati dan sabar adalah kunci kekuatan tersebut. Ia menjadikan manusia dapat bertahan daripada dipengaruhi oleh sebarang hasutan yang menarik diri mereka kepada neraka.atau dengan lain perkataan kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab untuk seseorang itu sampai ke syurga.

bulan- bulan islam

Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :


Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.


Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.


Rabiulawal dan Rabiulakhir 
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.


Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.


Rejab 
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.

Syaaban 
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan 
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal 
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah 
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.

Zulhijjah 
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

salam perkenalan....



Wak ni orang baru dalam dunia blog ni.. hihihi orag lain dah mula lama dah benda ni..
wak jek lmbat sikit.. biasa lah orang tua hihihih.. bagus sbnrnya ada blog ni, dgn blog kita dapat ramai kawan bertukar-tukar pendapat mencari maklumat, mcm2 la, dari blog jugak kita dapat meluahkan apa yg kita  rasa.. n bermulannya episod penulisan kita... 

kebetulan pulak wak buat blog ni  pada awl bulan puasa ni.. baru hari kedua umat islam seluruh duniia ber puasa.. rasanya wak tak terlmbt nk ucpkn SELAMAT BERPUASA  1431 HIJRAH..  kat sini wak bg korang yang singgah kat blog wak ni kalau nak chack waktu solat dan berbuka

selamat ber puasa dan berbuka....